Undang-undang kontrak Inggeris
Undang-undang kontrak Inggeris

Undang-undang kontrak Inggeris

Undang-undang kontrak Inggeris adalah undang-undang yang mengawal kontrak di England dan Wales. Melalui akar umbinya dalam lex mercatoria dan aktivisme kehakiman semasa revolusi perindustrian, ia turut diamalkan di negara-negara Komanwel (seperti Australia, Kanada, India dan Malaysia.[1]) dan juga Amerika Syarikat. Ia juga sedang melalui perubahan beransur-ansur disebabkan keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah dan organisasi-organisasi antarabangsa seperti Unidroit. Sebarang perjanjian yang boleh dikuatkuasakan dalam mahkamah adalah kontrak. Disebabkan kontrak adalah obligasi sukarela berbanding membayar pampasan disebabkan kesalahan sivil dan pembaikpulihan untuk menghilangkan pengayaan yang tidak adil, undang-undang Inggeris meletakkan nilai yang tinggi terhadap kepastian bahawa kesemua pihak-pihak yang terlibat benar-benar menyetujui syarat-syarat yang mengikat mereka di mahkamah. Secara amnya, suatu kontrak terbentuk apabila seseorang membuat tawaran, dan seseorang lagi menerimanya dengan memberitahu akan penerimaannya kepada penawar atau bertindak menjalankan terma-terma dan syarat-syarat penawar itu. Sekiranya terma-terma dapat dipastikan dan pihak-pihak terlibat boleh disifatkan dari kelakukan mereka untuk menjadikan terma-terma kontrak mereka mengikat, perjanjian itu bolehlah dikuatkuasakan. Sesetengah kontrak, secara khususnya untuk transaksi besar seperti jualan tanah, juga memerlukan kerasmian tandatangan-tandatangan dan saksi-saksi. Undang-undang Inggeris lebih menyeluruh berbanding undang-undang negara-negara Eropah lain dengan menghendaki semua pihak terlibat membawa sesuatu yang bernilai, dikenali sebagai "balasan", sebagai prasyarat untuk penguatkuasaan perjanjian tersebut. Kontrak boleh dibuat secara sendirinya atau melalui agen yang bertindak bagi pihak yang diwakili, sekiranya agen tersebut bertindak mengikut kelaziman yang mana orang yang wajar akan menjangkakan ia mempunuyai otoriti untuk berbuat demikian. Secara prinsipnya, undang-undang Inggeris memberikan kebebasan meluas kepada semua untuk mempersetujui isi kandungan sesuatu perjanjian. Terma-terma dalam satu perjanjian dimasukkan secara janji-janji ketara melalui rujukan ke terma-terma lain atau secara potensinya melalui tindak-tanduk pihak-pihak yang terlibat. Terma-terma ini ditakrif oleh mahkamah-mahkamah untuk mencari apakah niat sebenar pihak-pihak terlibat, dari prespektif pemerhati objektif, dalam konteks persekitaran perundingan mereka. Apabila terdapatnya jurang, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma untuk menutup jurang berkenaan, tetapi semasa abad ke-20 kedua-dua badan kehakiman dan perundangan telah masuk campur secara lebih kerap untuk membuang terma-terma yang tidak adil bagi melindungi para pengguna, pekerja dan penyewa yang menghadapi masalah kekurangan kuasa rundingan.Undang-undang kontrak lazimnya mempunyai kesan paling positif apabila sesuatu perjanjian dilaksanakan tanpa perlunya dirujuk ke mahkamah kerana pihak-pihak yang terlibat mengetahui hak dan obligasi masing-masing. Tetapi apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan menyebabkan perjanjian sukar ataupun mustahil dilaksanakan, mahkamah-mahkamah lazimnya akan menyifatkan pihak-pihak mahu membebaskan diri mereka daripada terikat dengan obligasi-obligasi mereka di bawah kontrak. Ia mungkin menjadi bahawa satu pihak hanya melanggari terma-terma kontrak berkenaan. Sekiranya satu pihak tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara sempurnya, pihak yang satu lagi dibenarkan menghentikan perlaksanaannya dan menyaman bagi mendapatkan ganti rugi untuk meletakkannya dalam keadaan di mana kontrak tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya. Dia juga punyai tanggungjawab untuk mitigasikan kerugiannya dan tidak boleh menuntut kerugian yang merupakan kesan lepasan daripada pelanggaran kontrak, tetapi remedi-remedi dalam undang-undang Inggeris didasarkan atas prinsip bahawa pampasan penuh bagi kesemua kerugian, awal atau lepasan, haruslah diganti. Dalam sesetengah keadaan, undang-undang bertindak lebih jauh dalam menghendaki seseorang pelanggar kontrak untuk melakukan pembaikpulihan daripada keuntungan mereka akibat pelanggaran kontrak olehnya itu, dan boleh menuntut perlakuan spesifik perjanjian tersebut berbanding gantirugi kewangan. Ia juga boleh jadi bahawa suatu kontrak boleh dibatalkan, disebabkan, menurut jenis kontrak berkenaan, satu pihak gagal berterus-terang atau membuat salah nyataan semasa rundingan. Perjanjian-perjanjian tidak berpatutan boleh dibatalkan apabila suatu pihak ditekan atau dipengaruhi atau diekploitasikan apabila mereka kelihatan menyetujui sesuatu perjanjian. Kanak-kanak, mereka yang sakit jiwa dan syarikat-syarikat, yang mana wakil-wakilnya bertindak luar bidang kuasa mereka, adalah dilindungi daripada perjanjian-perjanjian yang dikuatkuasakan terhadap mereka disebabkan ketiadaan kapasiti berbuat demikian. Sesetengah transaksi pula dianggap tidak sahih dan sekaligus tidak dikuatkuasakan mahkamah-mahkamah kerana bertentangan dengan undang-undang atau dasar awam. Secara teorinya, undang-undang Inggeris cuba mematuhi ideal bahawa manusia hanyalah terikat hanya apabila memberikan persetujuan bebas, tanpa ragu-ragu dan sukarela mereka terhadap sesuatu perjanjian.

Rujukan

WikiPedia: Undang-undang kontrak Inggeris http://online.ceb.com/calcases/C2/69C2d33.htm http://www.law-bulletin.com/z/united_nations_conve... http://www.parliament.the-stationery-office.com/pa... http://eur-lex.europa.eu/smartapi/cgi/sga_doc?smar... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.jus.uio.no/lm/eu.contract.principles.pa... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1952/7.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1953/6.htm... http://www.bailii.org/ew/cases/EWCA/Civ/1955/3.htm...